Walau Sudah Lama Tak Muncul, Persembahan Hafiz Suip Terima Sokongan Hebat Dari Peminat

4 Aug 2024 • 4:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hafiz Suip buat ramai penonton kagum dengan bakat nyanyiannya

Walau Sudah Lama Tak Muncul, Persembahan Hafiz Suip Terima Sokongan Hebat Dari Peminat. Dilaporkan, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak, Hafiz Suip di pentas Konsert ByAjai & Mega Friends di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada malam Sabtu mendapat sorakkan dan tepukkan gemuruh daripada penonton.

Bukan itu sahaja, malah ada juga penonton yang memberikan ‘standing ovation’ kepada Hafiz seakan memberi semangat kepadanya yang sebelum ini pernah menyatakan tidak lagi relevan dalam industri.

image is not available
Walau Sudah Lama Tak Muncul, Persembahan Hafiz Suip Terima Sokongan Hebat Dari Peminat. Sumber foto: Harian Metro

Masih disayangi peminat

Sokongan meriah daripada penonton semalam telah membuktikan bahawa Hafiz masih lagi disayangi peminat dan bakat menyanyi beliau masih lagi disukai ramai.

Oleh kerana sudah lama tidak muncul di khalayak ramai, Hafiz yang tampil dengan sut berwarna hitam disulami labuci merah tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar beliau sehingga tersalah masuk sewaktu menyanyikan lagu pertamanya Ku Akui.

image is not available
Sumber foto: FB Hafiz Suip

Hafiz berada dalam keadaan baik

Dalam masa yang sama, Hafiz juga memberitahu dia berada dalam keadaan baik sewaktu ditanya Ajai ke mana dia menghilang.

Sebenarnya saya ada saja. Cuma sekarang saya lebih suka mengenali diri,” katanya lagi.

Hafiz juga ada menjelaskan sebab dirinya kelihatan semakin kurus. Ia adalah kerana dia sedang menjaga kesihatan disebabkan berdepan dengan masalah slipped disc sejak 2016.

Dirinya turut berkata bahawa dia tidak pernah mengambil barang terlarang dan kini dia sedang aktif memasuki kelas tinju sejak dua bulan lalu.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/tunjuk-bukti-punca-badan-kurus-hafiz-suip-selongkar-fb-jurulatih-peribadi-cari-gambar-bersenam

https://www.iloveborneo.my/penyanyi-sabah-lagu-smart-lesserafim-tarik-perhatian