“Wallahi, suara saya tak di edit” – Netizen Meremang Dengar Ketika Zara Zya Sebut ‘Iblis’

Entertainment
1 Oct 2024 • 2:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pengacara, Zara Zya baru-baru ini muncul dalam sebuah podcast Di Sebalik Misteri, yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun di saluran YouTube.

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd, 39, berkongsi pengalamannya diganggu makhluk halus sehingga membuatkannya boleh nampak segala jenis rupa makhluk ketika menjalani penggambaran di Bali, Indonesia sehingga perlu berubat selepas pulang ke Malaysia.

Satu video tular mengenai podcast itu telah membuatkan netizen meremang mendengarnya ketika Zara menyebut perkataan iblis.

Zara ketika itu sedang memberi gambaran sosok tubuh iblis turut terkejut apabila suaranya berubah menjadi garau secara tiba-tiba sewaktu sesi itu dirakam.

Menurut Zara, suara yang keluar ketika menyebut perkataan iblis ketika sesi podcast tersebut tidak disunting sama sekali.

“Wallahi… ketika saya menyebut perkataan iblis tu, suara saya tak di edit. Itulah suaranya. Dia ada…,” katanya.

image is not available

Bagaimanapun, ada segelintir individu mendakwa video tersebut telah disunting dan menuduh aktres itu membuat miming suara menakutkan.

image is not available image is not available

Enggan menimbulkan perasaan takut terhadap penonton podcast tersebut, Zara turut mengarahkan usahawan kosmetik itu tidak mengulang tayang bahagian itu dalam video.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.