
PETALING JAYA – Perdana Menteri menitipkan doa kepada Ahli Parlimen, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal supaya segera sembuh.
Menerusi komen balas di aplikasi Threads, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tersebut pada hantaran yang dimuat naik Wan Ahmad Fahysal yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Salam saudara, saya doakan agar saudara lekas sembuh dan diberikan aafiyah,”tulis Perdana Menteri.
Terdahulu, Wan Ahmad Fahysal memaklumkan tidak sedarkan diri pada awal pagi tadi ketika menyiapkan latihan kerja sekolah anaknya.
“Saya kini berada di HKL untuk jalani pemeriksaan dan rawatan mengejut.
“Pada awal pagi tadi ketika saya sedang siapkan latihan kerja sekolah anak tiba-tiba saya tidak sedarkan diri sama sekali sampailah jam 6 petang,”tulisnya.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fahysal berkata, beliau akan menjalani rawatan CT Scan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE
The post Wan Ahmad Fahysal dirawat di HKL, PM titip doa appeared first on Kosmo Online.





