PM Anwar Titip Doa Buat Wan Ahmad Fayhsal Yang Sedang Dirawat Di HKL

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 10:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Titip Doa Buat Wan Ahmad Fayhsal Yang Sedang Dirawat Di HKL

“Salam saudara, saya doakan agar saudara lekas sembuh dan diberikan aafiyah.”

Itu doa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anwar menitipkan doa berkenaan menerusi komen balas di aplikasi Threads pada hantaran yang dimuat naik Wan Ahmad Fayhsal mengenai keadaan kesihatannya.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal memaklumkan beliau dikejarkan ke HKL selepas tidak sedarkan diri ketika sedang menyiapkan latihan kerja sekolah anaknya pada awal pagi tadi.

“Saya kini berada di HKL untuk jalani pemeriksaan dan rawatan mengejut.

“Pada awal pagi tadi ketika saya sedang siapkan latihan kerja sekolah anak tiba-tiba saya tidak sedarkan diri sama sekali sampailah jam 6 petang,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau akan menjalani pemeriksaan CT Scan bagi mengetahui keadaan kesihatannya.

Baca juga:

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa buat dirinya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved