Wan Ahmad Fayhsal Dakwa Ada Yang Sanggup Jual Buah Pinggang Sebab Tak Dapat Keluarkan KWSP

Politics
4 Apr 2023 • 3:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa beliau telah menunggu jawapan daripada Menteri Kewangan berkenaan dengan pengeluaran KWSP sejak Khamis lepas.

Bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa masih ada belum jawapan yang diberikan dan ia menyebabkan beliau dan ahli-ahli pembangkang lain tidak dapat memaklumkan kepada orang ramai.

 

“Sampai ada yang kena jual buah pinggang, yang datang berjalan dari Johor sampai ke Istana Negara pada hari ini, ini bukan perkara main-main, perkara besar.”

Beliau juga mendakwa bahawa sesetengah orang tidak mempunyai pilihan selain menjual buah pinggang mereka untuk terus menyara diri. Kenyataan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia ragu-ragu isu orang yang terpaksa menjual buah pinggang ini untuk sara kehidupan mereka.

Ada juga yang menyalahkan kerajaan terdahulu atas PKP jangka panjang yang dikatakan memberi kesan hingga ke hari ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Walaubagaimanapun, hari ini Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menjelaskan beberapa sebab kenapa kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP itu dibuat, boleh check dekat bawah ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.