Wan Ahmad Fayhsal jawab dakwaan gagal bantu wanita di Machang

LocalPolitics
25 Apr 2026 • 6:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wan Ahmad Fayhsal

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan dakwaan dalam sebuah video tular yang mendakwa beliau dan Pusat Khidmat Parlimen gagal membantu seorang wanita yang memohon bantuan.

Menurut beliau, video yang disebarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob itu disifatkan sebagai tidak lengkap dan mengelirukan kerana tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan.

“Video tersebut tidak menunjukkan siapa wanita berkenaan. Bagaimana kami hendak membuat semakan sama ada benar permohonan telah dibuat atau sebaliknya?” katanya dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Sabtu.

Beliau menegaskan, setakat pengetahuannya, pihaknya tidak pernah menolak mana-mana permohonan bantuan daripada penduduk Machang.

Justeru, beliau menggesa agar sebarang tuduhan disertakan dengan bukti yang jelas sebelum disebarkan kepada umum.

Dalam masa sama, Wan Ahmad Fayhsal turut mengkritik pendekatan politik yang disifatkan sebagai tidak berintegriti, sambil meminta Ahmad Jazlan agar lebih beretika dalam berpolitik.

“Kalau benar berlaku, zahirkan identiti dan maklumat. Jangan sekadar membuat tuduhan tanpa asas,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau turut membangkitkan isu ketidakseimbangan agihan sumber, dengan mendakwa dirinya sebagai Ahli Parlimen pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan.

“Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya kosong sen. Malah, untuk masuk ke sekolah pun tidak dibenarkan, berbeza dengan pihak tertentu yang mempunyai akses lebih luas,” katanya.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai tidak adil kepada wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat, sekali gus menjejaskan usaha membantu penduduk setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved