Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN) mencadangkan agar nama bunga Rafflesia ditukar sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-13 oleh Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Johari Ghani di Dewan Rakyat.
“Boleh tak kita bagi nama yang begitu baik bagi bunga kita, mungkin yang berhormat menteri boleh cadangkan kepada Kabinet untuk cari nama lain yang lebih cantik. Nama Anwar Ibrahim tak apa, asalkan yang lebih baik,” katanya secara berseloroh.
Baca juga:
Menurut Wan Fayhsal, nama Rafflesia diambil sempena Sir Thomas Stamford Raffles, residen pertama Singapura yang dianggap sebagai tokoh penjajah.
“Rafflesia ni nama diambil sempena nama Stamford Raflles, penjajah kita. Raffles orang yang tak berakhlak, tak beretika,” katanya.
Mengulas celahan itu, Johari berkata beliau mengambil maklum cadangan berkenaan dan menyarankan supaya nama baharu dikemukakan.
Sumber: Malaysiakini
The post Wan Fayhsal cadang tukar nama bunga Rafflesia appeared first on The Reporter.



