Wan Hanafi Su Mahu Penonton Fahami Mesej 'BAGA: Esok Untuk Siapa', Bukan Sekadar Anggap Kisah Biasa

5 Nov 2026 • 5:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Wan Hanafi Su Mahu Penonton Fahami Mesej 'BAGA: Esok Untuk Siapa', Bukan Sekadar Anggap Kisah Biasa

Pelakon, Wan Hanafi Su berharap penonton tidak memandang ringan mesej yang cuba disampaikan menerusi filem BAGA: Esok Untuk Siapa.Menurut Wan Hanafi, meskipun kisah yang diketengahkan dalam filem berkenaan mungkin kelihatan biasa kerana dekat dengan kehidupan seharian, perkara yang menjadikannya berbeza adalah apabila konflik tersebut berlaku dalam kalangan masyarakat miskin."Saya di lapangan terbang dua hari lepas sebelum datang ke sini, terserempak dengan seorang Datuk. Ketika di Kelantan, dia bertanya saya hendak pergi ke mana dan saya beritahu mahu menghadiri malam gala BAGA."Dia tanya saya cerita ini mengenai apa. Saya hanya jawab cerita ini biasa sahaja kerana perkara seperti ini berlaku kepada semua orang. Tetapi, apa yang menjadikannya menarik adalah apabila ia berlaku kepada masyarakat miskin."Dia pun terkejut. Jadi, bagi saya kalau dia nampak sesuatu yang berbeza menerusi cerita ini, saya bersyukur."Tetapi, jika filem ini masuk ke pawagam nanti dan penonton Malaysia mengatakan ia biasa sahaja, Masya-Allah, astaghfirullahalazim... apa nak jadi dengan moral kita?" katanya.Dalam pada itu, BAGA: Esok Untuk Siapa merupakan naskhah terbitan Indigo Films dan Skop Productions yang membariskan pelakon seperti Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su serta beberapa pelakon lain.Filem ini mengisahkan dua jiwa muda yang tersepit antara cinta, impian dan realiti kehidupan yang semakin menghimpit.Berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat kampung yang konservatif, naskhah berkenaan turut mengangkat isu kemiskinan, tradisi serta pilihan hidup yang mampu meninggalkan kesan besar terhadap masa depan seseorang.Jangan lepaskan peluang menyaksikan BAGA: Esok Untuk Siapa yang mula menemui penonton di pawagam pada 5 November.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved