Wan Maimunah sebak tiba di Malaysia selepas tunai haji -“Mudah-mudahan awak semua akan menyusul”

26 Jun 2024 • 4:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon veteran, Wan Maimunah sebak selepas memaklumkan dirinya selamat tiba di Malaysia selepas selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci, baru-baru ini.

Wan Maimunah sebak

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Wan Maimunah Wan Abdul Aziz dilihat sedang berada di perkarangan lapangan terbang.

Pelakon berusia 67 tahun itu kemudiannya memanjatkan kesyukuran sebaik sahaja selamat pulang ke tanah air dalam nada penuh sebak.

“Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, ibu dah selamat sampai,”katanya.

image is not available

Dalam nada sebak, beliau yang cukup terkenal dengan ratu drama air mata memanjatkan doa buat semua yang menonton video tersebut agar turut diberikan kesempatan untuk ke Makkah.

“Mudah-mudahan awak semua akan menyusul ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, insya-Allah,”titipnya.

image is not available

Alhamdulillah, selamat sampai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur melihat keadaan pelakon itu selamat pulang dalam keadaan sihat selain turut mendoakan kesejahteraannya.

image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Wan dilaporkan berangkat ke Makkah pada 10 Mei lalu selepas mendapat berita gembira tersebut daripada pihak Lembaga Tabung Haji sebelum bulan Ramadan.

Susulan itu, Wan Maimunah yang juga ibu saudara kepada pelakon Wan Sharmila meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangka doa yang dipohon ketika mengerjkan ibadah umrah pada dua tahun lalu termakbul.

image is not available

Sumber: TikTok @ibuwm