“Hidangan lobster segar, bilik air tak perlu Q!” – Netizen Teruja Lihat Khemah Pakej Haji RM250K

Entertainment
26 Jun 2024 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kira-kira 280 orang daripada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di tanah air.

Susulan itu, begitu banyak perkongsian mengenai ibadah haji yang kini tular di media sosial, yang mana jemaah menceritakan pengalaman mereka sepanjang di tanah suci.

Terbaru kali ini, usahawan tudung terkemuka, Haliza Maysuri ada berkongsi mengenai keadaan khemah yang didudukinya semasa mengerjakan haji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haliza Maysuri (@halizamaysuri)

“Suasana khemah VVIP berharga RM250K”

Menerusi perkongsian Haliza di TikTok, beliau memaparkan suasana khemah VVIP bernilai RM250,000 dengan mengambil Pakej Almaas dari Tabung Haji (TH).

Dapat dilihat keadaan khemah yang luas dan selesa serta mempunyai kerusi-kerusi empuk yang boleh diduduki para jemaah.

Tak cukup dengan itu, para jemaah juga dihidang dengan makanan yang sedap belaka seperti lobster dan sebagainya.

@halizamaysuri

Keluar khemah saja bangunan tempat melontar sudah depan mata, Hidangan lobster segar, karpetnya kalau pijak tenglam tapak kaki, sofa empuk boleh buat jadi katil, siap ada silimut dan bantal, bilik air pula dalam khemah tak perlu Q panjang. Alhamdulillah Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” #haj2024 #haji2024 #almaas @tabunghajitravel

♬ Daur Hidup – Donne Maula

Keluar khemah saja bangunan tempat melontar sudah depan mata. Hidangan lobster segar, karpetnya kalau pijak tenggelam tapak kaki, sofa empuk boleh buat jadi katil, siap ada selimut dan bantal.

“Bilik air pula dalam khemah tak perlu queue panjang. Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” tulisnya.

“Untung mereka yang berduit”

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan meluahkan rasa teruja melihat kemudahan yang disediakan TH bagi pakej haji bernilai RM250,000 itu.

Mereka juga pada masa yang sama berharap agar diberikan rezeki yang banyak supaya dapat mengerjakan haji seperti pengasas Bawal Exclusive ini juga.

image is not available

Syukur di atas rezeki yang Allah SWT beri. Semoga kita juga dijemput-Nya ke sana suatu masa nanti.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.