Wan Raja Tegaskan Tak Perlu Ada ‘Chemistry’ Luar Set Penggambaran Kalau Nak Berlakon

Entertainment
15 Mar 2024 • 2:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Wan Raja mempunyai pendirian bahawa dia tidak akan membina keserasian dengan pelakon wanita lain di luar set penggambaran drama mahupun filem yang dilakonkannya.

Katanya lagi, dia tidak akan wujudkan sebarang hubungan di luar waktu bekerja semata-mata nak dapatkan keserasian.

“Saya bukan jenis orang yang nak bina keserasian di luar set penggambaran. Nak lepak-lepak minum, kenal hati budi.”

“Saya ini orangnya jenis straight to the point. Saya hanya buat apa perlu dilakukan ketika waktu bekerja.”

image is not available

Malah, Wan Raja yang melakonkan drama Malang Si Puteri, menggandingkannya bersama pelakon Fasha Sandha turut menegaskan bahawa cinta lokasi yang kini sedang hangat diperkatakan sama sekali tidak akan berlaku kepadanya.

Apatah lagi dia dan Fasha sudah banyak kali bekerjasama dalam drama malah isterinya, Yaya Maembong juga terbuka jika mereka digandingkan bersama.

“Kami sudah banyak kali juga bekerjasama sebelum ini, jadi tak ada isu siapa sondol siapa atau sondol-menyondol tidak ada.”

“Isteri saya pun kalau tahu saya akan berlakon dengan Fasha, dia tak ada masalah kerana tahu Fasha bagaimana orangnya.”

image is not available

“Sama juga dengan Aidil, dia pun tidak ada masalah sekiranya kami berlakon bersama. Saya dan Fasha memang rapat jadi keserasian itu sudah sedia ada.

Wan Raja juga memberitahu yang dia tak pernah memilih untuk bekerja dengan mana-mana pelakon wanita.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.