Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) boleh dibuat melalui aplikasi atau web portal myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ selepas 4 September 2026.
PTPTN menawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1500 sebagai persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.
Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.
Kemudahan WPP adalah bukti keprihatinan kerajaan melalui PTPTN dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar di peringkat awal pengajian.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang WPP PTPTN ini.

Apa itu WPP – Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN?
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT.
WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT.
Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Kaedah permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN bernilai RM1,500 adalah menerusi pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT melalui Portal UPU atau portal rasmi IPT.

Syarat Permohonan WPP
Syarat-syarat WPP adalah:
- Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
- Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
- Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
- Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Pelajar tidak mempunyai hutang WPP
Tarikh & Kaedah Semakan Wang Pendahuluan PTPTN
Semakan WPP boleh dibuat di portal rasmi myPTPTN selepas 4 September 2026 bagi kelulusan UPU.

- Log masuk ke akaun anda di myPTPTN.
- Klik menu ‘Perkhidmatan’
- Kemudian, klik ‘Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman’.

Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT
Cara Menunaikan WPP PTPTN
WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
- MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
- Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
Tempoh Sahlaku
WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.

Manfaat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
Manfaat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah menyediakan bantuan awal untuk pelajar yang mungkin menghadapi kesukaran dalam membiayai persediaan dari segi kewangan untuk memulakan kehidupan di Universiti Awam atau Politeknik atau ke IPTS. Ini termasuklah:
1. Mengurangkan beban kewangan keluarga
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) membantu mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi oleh keluarga pelajar, membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada aspek akademik.
2. Memudahkan menyesuaikan diri di Universiti Awam/ Politeknik/ IPTS
Dengan adanya bantuan awal, pelajar lebih mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan dan pembelajaran dunia baharu di Universiti Awam atau Politeknik atau IPTS tanpa perlu risau tentang masalah kewangan.
3. Mengelakkan tekanan dari segi emosi
Dana ini boleh digunakan untuk pembelian buku rujukan, bahan pengajian atau keperluan asas lain yang diperlukan untuk memulakan pengajian semasa semester pertama.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) di https://www.ptptn.gov.my/
Apakah Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) ?Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT
Apakah syarat-syarat WPP?Syarat-syarat WPP adalah:
-Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
-Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
-Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
-Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
-Pelajar tidak mempunyai hutang WPP
Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.
Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan WPP?Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.
Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);
MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.



