Aldrich Resources dapat kelulusan KPKT jalankan perniagaan pinjaman wang dalam talian

LocalBusiness & Finance
3 Aug 2026 • 5:46 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aldrich Resources dapat kelulusan KPKT jalankan perniagaan pinjaman wang dalam talian Image from: Aldrich Resources dapat kelulusan KPKT jalankan perniagaan pinjaman wang dalam talian liza03/08/2026 - 17:46 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Aldrich Resources Berhad menerima kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membolehkan anak syarikat milik penuhnya, Proficient Premium Sdn. Bhd (PPSB) menjalankan perniagaan pinjaman wang secara dalam talian.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kelulusan itu diberikan menerusi surat bertarikh 29 Julai 2026 dan diterima oleh PPSB pada 30 Julai 2026.

 

“Kelulusan tersebut membolehkan PPSB menjalankan perniagaan pinjaman wang secara dalam talian di bawah lesen pemberi pinjam wang mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).

 

“Lembaga Pengarah Aldrich berpandangan kelulusan itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat kerana ia membuka peluang kepada kumpulan untuk mengembangkan perniagaan dalam segmen pembiayaan digital,” katanya.

 

Buka Peluang Perniagaan Baharu


Aldrich berkata, kelulusan berkenaan tidak dijangka memberi kesan material terhadap pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027.

 

Selain itu, ia juga tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham, tahap keberhutangan (gearing) serta pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

Syarikat turut memaklumkan tiada mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai kaitan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kelulusan tersebut.

 

Menurut Aldrich, PPSB kini boleh meneruskan persediaan untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman wang secara dalam talian, tertakluk kepada syarat-syarat lesen serta pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh KPKT.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved