Wanita 76 Tahun ‘Hidup Semula’, Menggelupur Ketuk Keranda Minta Keluar

13 Jun 2023 • 11:27 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita di Ecuador telah hidup semula dalam keranda sewaktu upacara pengebumiannya sehingga menjadi bualan hangat ramai.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak mangsa iaitu Gilbert Balberan yang mengatakan ibunya bertindak mengetuk keranda dan kemudiannya dibantu oleh dua orang lelaki untuk keluar daripada keranda terbabit.

image is not available

Balberan telah mendapatkan keranda tersebut yang diberi oleh keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat.

“Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami,” katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif.

Difahamkan, ibunya yang dikenali sebagai Bella Montoya, 76, telah dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti sebelum kematiannya tiba.

image is not available

gambar hiasan

Ekoran kejadian itu, pihak Kementerian Kesihatan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menjalankan siasatan selain menyelia perkembangan Montoya.