“Dia tercungap-cungap” – Hampir Dikebumikan, Wanita 76 Tahun Diisytihar Mati Tapi Hidup Semula

Entertainment
13 Jun 2023 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari pengebumian seorang wanita berusia 76 tahun bertukar misteri apabila wanita tersebut didapati ‘hidup semula’.

Bella Montoya dari Ecuador telah disahkan meninggal dunia minggu lepas, disyaki berpunca daripada strok.

Ketika saudara-mara sedang menyiapkannya untuk sesi pengebumian, mereka terkejut apabila dia tiba-tiba tercungap-cungap dan mencuba untuk bernafas.

image is not available

Menurut BBC, sebuah kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Ecuador yang memberitahu bahawa wanita itu mengalami jantung terhenti mengejut di mana dia kehilangan pernafasan dan tidak bertindak balas terhadap percubaan resusitasi.

Perkara itu menybebakan doktor yang bertugas mengesahkan kematiannya.

Anak lelakinya, Gilber Rodolfo Balberán Montoya berkata ibunya itu telah dimasukkan ke hospital kira-kira jam 9 pagi dan pada tengah hari seorang doktor memberitahu dia telah meninggal dunia.

“Kini ibu saya di ICU dan sedang menggunakan bantuan pernafasan, saya sedang memulihkan diri daripada apa yang telah berlaku dan sekarang saya hanya mahu kesihatan ibu saya bertambah baik.

Saya mahu dia hidup dan berada di sisi saya,” katanya.

Wanita itu kini difahamkan sedang berada dalam unit rawatan rapi (ICU) di hospital dan kementerian sedang menyiasat insiden luar biasa itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.