Wanita 78 tahun cedera diragut meski tiada barang berharga dalam beg

LocalPolitics
7 Oct 2024 • 8:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Seorang wanita warga emas cedera di kepala selepas jatuh tertiarap akibat diragut dalam kejadian di Jalan Limau Manis, Bangsar di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata dalam kejadian pada 6.34 pagi itu mangsa yang berumur 78 tahun mengalami pendarahan serius dan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk membeli surat khabar dan ia adalah rutin hariannya setiap pagi.

“Difahamkan tiada barang berharga di dalam beg itu yang diragut oleh seorang lelaki menaiki motosikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ku Mashariman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 2 minit 45 saat di sosial media yang memaparkan kejadian berkenaan.

-BERNAMA

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved