Wanita, abang ‘wiring’ dicekup khalwat oleh keluarga sendiri

25 Mar 2026 • 1:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wanita berkenaan dan pasangan diangkut menaiki van untuk dibawa ke JAIM untuk proses selanjutnya.
image is not available
Abang wiring dan pasangan dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.

MELAKA - Seorang wanita ditangkap berkhalwat dengan abang wiring, dicekup oleh ahli keluarga sendiri yang bertindak membawa imam sebagai saksi dalam kejadian Selasa lalu.

Menurut sumber, wanita terbabit yang berusia 30 tahun dan ditahan bersama pasangannya dalam serbuan sekitar 12.30 tengah malam di sebuah rumah di kawasan Ayer Keroh di sini.

“Pasangan itu didapati duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di dalam rumah ketika tangkapan awal dilakukan oleh saudara wanita itu bersama imam sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan lelaki terbabit bekerja sebagai tukang pendawaian elektrik, manakala wanita berkenaan menganggur,” katanya.

 

**media[3471646]**

Sementara itu dalam operasi berasingan, penguat kuasa JAIM bersama seorang imam terlebih dahulu telah menyerbu sebuah premis lain di Ayer Keroh selepas menerima maklumat berkaitan aktiviti berkhalwat.

“Dalam operasi itu, sepasang kekasih berusia 25 dan 21 tahun telah dicekup berkhalwat di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh sekitar jam 9 malam.

“Kedua-dua pasangan itu kini disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkhalwat atau bersekediaman tanpa hubungan sah,” katanya.