Wanita & Anak Kecil Tercampak Selepas Motosikal Dibonceng Dihempap Dahan Patah [Video]

29 May 2024 • 10:38 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kejadian kemalangan di jalan raya adakalanya berlaku tanpa diduga meskipun seseorang pengguna sudah berhati-hati.

Ini kerana, ia boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya kejadian alam semula jadi seperti pokok tumbang, ribut, tanah runtuh, tanah mendap dan sebagainya.

Pembonceng wanita dan anak kecil jatuh dihempap dahan patah

Perkara sama turut berlaku kepada sebuah keluarga yang menaiki motosikal apabila pemboncengnya terjatuh kerana dihempap dahan pokok di Jalan Bukit Putus, Negeri Sembilan.

Menerusi video dashcam yang tular di X (Twitter), awalnya kelihatan motosikal yang dipercayai dinaiki empat beranak lalu di sebelah kanan sebuah Proton Saga berwarna merah.

Namun sewaktu ingin melepasi kereta berkenaan secara tiba-tiba dahan pokok di bahu jalan patah dan menghempap pembonceng belakang.

Wanita dan anak kecil tercampak ke tengah jalan

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan pembonceng wanita tercampak sehingga ke tengah jalan bersama anak kecilnya.

Kereta Saga terbabit turut terkena beberapa serpihan dahan yang patah serta segera menghentikan kenderaannya sebaik melihat mangsa terjatuh.

Manakala impak dipercayai menyebabkan motosikal gagal dikawal selepas terdengar jeritan dari kenderaan pemilik dashcam seperti ada sesuatu yang berlaku.

image is not available

Penunggang motosikal segera berlari ke arah mangsa

Tidak lama kemudian pemilik dashcam memarkir kenderaan di bahu jalan dan kelihatan penunggang motosikal meninggalkan motor di tepi sebelum berlari mendapatkan mangsa.

Pemilik dashcam turut segera keluar dari kenderaan dan cuba untuk membantu mengawal lalu lintas bagi memaklumkan terdapat kejadian kemalangan yang berlaku.

Turut kelihatan terdapat kenderaan lain juga berhenti untuk membantu mengangkat mangsa.

Ramai simpati nasib menimpa mangsa

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa wanita itu dan anaknya kerana ia adalah satu kemalangan yang tidak dijangka.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan keselamatan kepada kedua-dua mereka dan berharap tiada kecederaan serius berlaku.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kemaskini memaklumkan tentang keadaan mangsa.

“Allah akak tu dengan anak dia, semoga semua selamat tak aa apa yang teruk”

image is not available

“Nasib kereta tak laju sempat berhenti”

image is not available