Wanita anggap individu download aplikasi waktu solat sebagai pemalas

3 Apr 2024 • 3:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang wanita di platform X mengatakan individu download aplikasi waktu solat di telefon pintar sebagai pemalas kerana memuat turun satu aplikasi untuk mengetahui waktu solat.

Hal tersebut dibuat susulan seorang pempengaruh bukan Muslim mengatakan dirinya menggunakan satu aplikasi memberitahu waktu solat bagi mengetahui waktu berbuka puasa.

Orang tanya sebab nak tahu

Namun begitu, pempengaruh dikenali sebagai Ceddy sempat bertanya adakah boleh menunggu sehingga azan berkumandang dahulu walaupun tahu sudah masuk waktu berbuka.

“Individu download aplikasi waktu solat dilabel pemalas?

Namun begitu, ciapan tersebut telah dipersoal oleh seorang netizen wanita yang mengatakan orang-orang yang memuat naik dan bergantung kepada aplikasi tersebut adalah pemalas.

Ujarnya, dia merasakan industri Halal sangat berlebihan kerana memperkenalkan aplikasi tersebut sekadar untuk memberitahu tentang waktu berbuka puasa yang mana ia sama sahaja dengan aplikasi jam biasa.

image is not available

Persoal kenapa individu download aplikasi waktu solat sebab dah ada jadual

Tambahnya lagi, jadual untuk berbuka puasa sudah diberikan sejak awal Ramadan lagi dan mengapa perlu menunggu azan jika hendak berbuka.

image is not available

Benda memudahkan kenapa nak kecam

Ciapan-ciapan yang dibuat wanita tersebut telah menuai pelbagai maklum balas daripada netizen kerana merasakan tindakannya melabel individu sebagai pemalas hanya kerana bergantung kepada aplikasi tersebut sangat tidak sesuai.

Menurut mereka, penggunaan aplikasi waktu solat itu bukan kerana pemalas, tetapi lebih kepada memudahkan kerja.

image is not available

Aplikasi tu memudahkan kerja kot

image is not available

Kalau cerita pasal pemalas, guna clock app pun kira pemalas

 

image is not available

 

 

Apa-apa pun, ikutlah mana-mana yang memudahkan urusan diri. Jika ada yang menggunakan aplikasi tersebut, tidak perlu kita persoalkan kerana ia adalah hak masing-masing dan bukannya menjadi kesalahan.

Sepatutnya kita memberi penjelasan yang baik kepada individu bukan Islam yang bertanya tentang sesuatu hal dan bukannya menyelar kembali apa yang diusahakannya.

Sumber: X CeddyorNot