Wanita Australia Buat Sandwic Avocado Campur Petai Buat Ramai Garu Kepala

Entertainment
13 Jul 2024 • 2:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sambal udang petai memang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Petai juga sering dimakan dengan nasi putih sebagai ulaman yang dicicah dengan budu atau sambal belacan. Memang wajib tambah nasi kalau makan macam ni kan.

Namun, seorang wanita dari Australia ini pula, dia telah menggunakan petai dalam resipi sandwic avocado ciptaannya.

Dikenali sebagai Georgia P atau simplegreensoul di TikTok, wanita ini telah berkongsikan resipi sandwic petainya itu menerusi platform media sosial berkenaan.

Dalam video yang berdurasi selama 47 saat itu, Georgia telah menunjukkan cara-cara untuk membuat sandwic tersebut.

Mula-mula, dia telah memotong petai tersebut kepada dua bahagian untuk memeriksa jika ada ulat di bahagian dalamnya.

Kemudian, dia telah mengukus sebentar petai-petai berkenaan agar lebih lembut sebelum mengcampurkan petai itu bersama avocado yang telah dihancurkan di dalam sebuah mangkuk.

image is not available

Dia turut memerah sedikit limau dan menambahkan sedikit serbuk cili ke dalam campuran petai dan avocado yang telah dihancurkan tadi sebelum campuran kesemua bahan itu disapu ke atas roti untuk dijadikan sandwic.

Wanita ini juga mengatakan dia tidak kisah jika ada yang mengatakan resipi itu pelik kerana menurutnya, rasa petai itu sangat padan jika dimakan bersama roti sandwic.

Ada yang nak try sandwic ni?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.