'Wanita baik, tak tahu erti penat' - Syed Saddiq dedah detik jatuh cinta pada Bella Astillah, tersentuh lihat kasih buat Ayden & Ara

LocalFamily & Parenting
28 Mar 2026 • 7:50 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Kredit foto: Era, Media Hiburan

HARI ini merupakan hari bahagia buat pasangan yang mendapat jolokan #BASS, iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq Abdul Rahman apabila selamat mengikat tali pertunangan kira-kira jam 3 petang tadi.

Syed Saddiq dalam temu ramah bersama media menyatakan kesyukuran apabila segalanya telah dipermudahkan.

"Saya gembira kami sudah bertunang, segalanya sudah selesai," titipnya.

Dalam ucapannya ketika majis yang berlangsung, Ahli Parlimen Muar itu menyatakan kebaikan dan kecekalan Bella yang berbudi pekerti serta baik hati.

Mula mengenali pelantun Pano itu sebagai seorang rakan, Syed Saddiq tidak mengambil masa yang lama menyunting Bella sebagai suri hati.

"I think that's why I am in love with Bella. Tidak pernah faham perkataan penat. Dalam kepenatan itu juga, dia mencari kebangkitannya.

"Dalam kejatuhan itu juga, dia mencari jalan yang tersendiri untuk terus bangkit ke atas. And I think that's what makes Bella truly special. Kalau ada satu perkataan yang saya boleh rumuskan, it's not just that she's an iron lady, tapi dia wanita yang sangat baik.

"Baik adalah perkataan yang tidak boleh dipisahkan oleh Bella. Dia baik kepada keluarganya, ibu bapanya, keluarga saya dan adik-beradik.

"Tetapi yang lebih penting, dia baik kepada orang yang dia tak pernah jumpa pun sebelum ini.

"Saya kenal Bella before I fell in love with her. As a friend, and that matters.

"Apabila saya kenalkannya kepada kawan-kawan saya atau bila dia berjumpa dengan staff yang tak pernah dia berjumpa sebelum ini, dia melayani dengan baik.

image is not available
Kredit foto: Era, Media Hiburan

"Kadang-kadang, kita shooting berpeluh-peluh, penat, tak berhenti selepas 12 jam. Ada orang datang, dia tak pernah jumpa orang itu. Orang hantar makanan. Tapi dia layan seperti keluarga dia sendiri," tutur Syed Saddiq.

Dalam pada itu, menurut ahli politik berkenaan, beliau terharu melihat Bella sebagai ibu kepada Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Sisi keibuan wanita itu membuatkan hatinya terpaut.

"Apa yang lebih mengagumkan adalah Bella Astillah sebagai seorang ibu kepada dua cahata mata yang hebat, Ayden dan Ara.

"Seeing Bella's love for her children, reminds me of my own mom and dad. Who made me who I am today. Tanpa mereka, mustahil untuk saya berada di sini.

"Dan saya lihat kasih sayang sayang Bella kepada anak-anak. Nothing more important than her children. Itu membuatkan dia sangat istimewa di mata saya.

"Kadang-kadang bila saya baca orang kata, Bella ni dia dah berkahwin sebelum ni, dah ada dua anak. I want to make it very clear here. I love Bella not in spite of, but I love Bella because of the two children as well. Ayden dan Ara.

"I want to make that very clear and that is special.

"And saya harap, Ara walaupun saya tidak boleh menari sebaik anda, tapi saya harap Ara boleh menerima saya.

"Ayden, I look forward to training together with you. Ayden nanti boleh terus lecture saya mengenai apa-apa isu yang Ayden baca. You're both amazing children.

image is not available
Bella sebak, terharu mendengar ucapan Syed Saddiq.

"Alhamdulillah, segala kebaikan itu juga datang daripada ibunya. Sama seperti kebaikan yang saya ada datang daripada ibunya," kongsi Syed Saddiq.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Syed Saddiq menyerahkan lima dulang hantaran termasuk simpanan Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk Bella dan simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi Ayden serta Ara.

Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz menyarungkan cincin ke jari manis Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang tampil jelita dengan sepersalinan kurung biru lembut.

Syed Saddiq pula tidak ketinggalan muncul menyerahkan jambangan bunga buat tunangan tercinta.

Keluarga daripada kedua-dua belah pihak dan rakan selebriti turut hadir memeriahkan majlis yang berlangsung di ibu negara itu.