Wanita bawa RM180,000 untuk beli emas

WorldBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 5:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita bawa RM180,000 untuk beli emas

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila membawa sebuah kotak dipenuhi wang kertas berjumlah 795 juta rupiah (RM179,756) untuk membeli emas. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita berbaju kurung itu membawa kotak ke sebuah kedai menjual barang kemas. 

Pemilik kedai bagaimanapun terkejut apabila kotak itu mengandungi wang bernominasi 100,000 rupiah (RM23) yang berjumlah 795 juta rupiah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mereka kerja apa sampai ada duit sebanyak itu?” kata seorang netizen. 

“Jangan rakam muka, tidak takut kena rompak?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

The post Wanita bawa RM180,000 untuk beli emas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved