Wanita Beli Rantai Louis Vuitton Sempena Hari Jadi Oyen, Ramai Warganet Mohon Nak Jadi Kucing

Entertainment
20 Aug 2022 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila tibanya hari jadi seseorang yang disayangi, kita pasti akan menyambutnya dengan meriah dan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan.

Bagaimana pula jika tibanya hari jadi kucing, apa yang anda perlu lakukan?

Beri hadiah Louis Vuitton

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang menunjukkan seorang wanita membelikan hadiah hari jadi buat kucingnya. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mencecah 3.1 jumlah tontonan.

Video yang berdurasi selama 1 minit itu memperlihatkan seorang wanita, Natasha Rashdan pergi ke butik Louis Vuitton untuk membeli hadiah buat kucingnya. Setibanya di sana, pekerja di situ mengeluarkan rantai leher kucing jenama Louis Vuitton.

image is not available

image is not available

Selepas bersetuju untuk membeli, pekerja di situ membuat hiasan huruf L pada rantai leher kucing tersebut memandangkan nama kucing wanita ini ialah Little.

Hari jadi Oyen yang ke-3

Video tersebut turut memperlihatkan Little yang sedikit teruja melihat hadiah Louis Vuitton pemberian tuannya itu. Natasha turut memakaikan rantai leher tersebut pada Little di dalam video yang sama. Comel habis!

image is not available

Ramai mahu jadi kucing

Video ini ternyata tular di TikTok dan mendapat reaksi ramai warganet. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berseloroh mahu menjadi kucing wanita ini.

image is not available

image is not available

Ada juga yang berseloroh dengan berharap agar kucing mereka tidak melihat video ini kerana khuatir terpaksa membelikan hadiah yang mahal buat kucing mereka. Macam-macam hal!

image is not available

Mesti Little tu gembira dengan hadiah tuannya!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article