
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 27 tahun didenda RM5,000 atau penjara 60 hari kerana membenarkan seorang wanita Filipina tanpa sebarang dokumen tinggal di dalam premis di bawah kawalannya.
Diana Tsen Mei Fung mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Tsen didapati membenarkan pendatang tanpa izin berusia 50 tahun itu jam 1.28 petang pada 20 Mac tahun ini berada di pusat Terapi Kesihatan dan Refleksologi Semulajadi Redd di Wisma Merdeka, di sini.
Pertuduhan menyatakan bahawa Tsen merupakan orang yang mengawal premis itu.
SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.
Siasatan mendapati Tsen telah membenarkan pendatang tanpa izin itu berada di dalam premis berkenaan yang di bawah kawalannya.
Pegawai Pendakwa Sopian Karate dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan manakala Tsen tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



