Wanita Berang Jemaah Guna Telekung Bahagian Kepala Jadikan Kain Solat

LocalOpinion
14 Aug 2024 • 2:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita telah menyalahgunakan telekung yang disediakan di sebuah masjid.

Menerusi Facebook Puan Lieza Ghazali, dia telah berkongsi cerita ketika berhenti solat di sebuah masjid di Kuala Perlis.

Ketika itu dia menyaksikan satu kejadian yang kurang menyenangkan di mana jemaah wanita mengambil telekung bahagian kepala dijadikan sebagai kain solat.

image is not available

Difahamkan, kain solat yang disediakan di masjid itu sudah habis dan yang tinggal hanyalah telekung bahagian atas kepala sahaja.

image is not available

Menerusi gambar yang ditunjukkan, kelihatan bahagian kepala telekung itu telah dipijak olehnya ketika solat.

Telekung ini bukan sahaja pakaian untuk solat, tapi jugak lambang kesucian, kebersihan dan adab kita depan Allah SWT.

Tapi itu la, ada yang telah salah guna telekung masjid, tak lipat/gantung, kena mekap/ bedak/ foundation. Siap ada yang ambik bawak balik!

Bila benda bukan kita punya, kita guna telekung tu tanpa rasa tanggungjawab. Tak peduli langsung.

Perkara ini telah mengundang kemarahan warga maya, sehingga ada yang mengatakan wanita itu kurang beradab.

image is not available

Menurut mereka, telekung itu juga akan digunakan oleh orang lain, dan wanita itu tidak sepatutnya memijak telekung tersebut sesuka hati.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Puan Lieza Ghazali