Wanita Berang Jiran Potong Rambut Adik Sesuka Hati Sehingga Dibuli Di Sekolah

25 Oct 2022 • 8:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rambut ‘Dora The Explorer’

Wanita Berang Jiran Potong Rambut Adik Sesuka Hati Sehingga Dibuli Di Sekolah. Hidup berjiran ini memang bukan suatu perkara yang mudah, bermacam jenis ragam dan kerenah yang harus kita hadap.

Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila seorang wanita mengamuk selepas mendapat tahu jirannya memotong rambut adiknya tanpa kebenaran sehingga menyebabkan dia dibuli oleh rakan sekolah.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Indonesia itu memaparkan wanita tersebut sedang memarahi seorang warga emas iaitu jiran yang difahamkan memotong rambut adiknya tanpa kebenaran.

image is not available
Wanita Berang Jiran Potong Rambut Adik Sesuka Hati Sehingga Dibuli Di Sekolah

Seakan dipaksa jiran untuk potong rambut

Dengan keadaan rambut adiknya yang kelihatan tidak sempurna, wanita tersebut juga merasa marah kerana ibu mereka juga turut sama tidak menyukai perkara itu.

@monikasabrina17

Sumpah kesel emosi + pgn nangis jadi satuimage is not available kalian pernah ada di posisi kaya gini ga guys?? #fypage #fypdongggggggg #fypシ #bandunginfo #ngabrut #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandaaaaaaa

♬ suara asli – Monikaaa – Monikaaaimage is not available
Sumber: TikTok monikasabrina17

Sememangnya wanita tersebut kelihatan sangat marah namun jirannya pula dalam keadaan tenang bersahaja meminta maaf atas perbuataannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga tidak senang dengan tindakan jirannya itu kerana memotong rambut tanpa kebenaran, jika hasil potongannya cantik mungkin wanita tersebut tidak mengamuk.

image is not available
Sumber: TikTok monikasabrina17

image is not available
Sumber: TikTok monikasabrina17

image is not available
Sumber: TikTok monikasabrina17

Wanita itu juga berkongsi keadaan rambut adiknya sebelum dipotong oleh jirannya. Menerusi tangkap layar ini, rambut adiknya kelihatan panjang dan juga kemas.

image is not available
Sumber: TikTok monikasabrina17

Adik wanita itu kemudiannya dibawa ke salon rambut untuk diperkemaskan, soalan diajukan kepada adik tersebut kenapa membiarkan orang lain memotong rambutnya dan kenapa tidak lari sahaja.

Adiknya menjawab, dia sedang leka bermain kemudian nenek tersebut berhasrat untuk memotong rambutnya. Namun, sewaktu ingin melarikan diri, pagar rumah nenek itu telah ditutup.

image is not available
Sumber: TikTok monikasabrina17

Lagi cerita menarik di sini: