Wanita Bercerai Dengan Hantu Selepas Setahun Berkahwin, Tak Tahan Gangguan Mistik

24 Jul 2023 • 5:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita dari Oxfordshire, United Kingdom (UK) telah menjadi bualan hangat ramai apabila dia dikatakan berkahwin dengan roh seorang tentera Victoria pada tahun lalu.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Brocarde itu mendedahkan dia telah bercerai dengan ‘hantu’ terbabit selepas mendakwa sudah tidak tahan diganggu dengan gangguan mistik.

image is not available

Jelas wanita yang berusia 40 tahun itu, hantu yang dikenali sebagai Edwardo tersebut secara tiba-tiba bertukar agresif dan sering menghantui hidupnya dengan bunyi teriakan bayi yang menyebabkan rumah tangga mereka semakin goyah.

“Saya buat kesimpulan bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Edwardo adalah dengan menyingkirkannya daripada hidup saya. Jadi saya menjalani proses yang menerikan di gereja tempat kami bernikah.

“Selepas beberapa jam, saya berasa sangat ringan, seolah-olah terlepas daripada cengkaman roh jahat itu,” dakwanya.

image is not available

Dalam pada itu, dia memberitahu sudah tidak diganggu lagi dengan gangguan mistik dan secara tidak langsung dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

“Saya dah tak rasa kehadirannya atau nampak kelibatnya. Kini saya rasa lebih gembira. Saya dah tak mahu diganggu oleh roh Edwardo. Dia tidak dialu-alukan dalam hidup saya,” ujarnya lagi.

image is not available

Sumber: mStar