Wanita Bermanja & Baring Atas Riba Pemandu Lelaki, Kena Perli ‘Baik Punya’ Dengan Konsultan Keselamatan

22 Apr 2025 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang wanita melakukan aksi berbahaya ketika berada di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak.

Menerusi rakaman itu, wanita yang memakai baju kurung berwarna hijau cair tersebut bermanja dan berbaring di atas riba pemandu lelaki dipercayai pasangannya.

image is not available

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen termasuklah seorang konsultan keselamatan yang sempat memberi teguran ‘pedas’ dengan memerli wanita terbabit.

Okay untuk akak, yang ni skop strecher pasti pakai. Spinal board dan juga cervical collar. Ini antara benda yang akan dipakai dekat akak. Tak kisahlah sama ada awak tersangkut dalam kereta atau pun tercampak keluar okay?

Lelaki berkenaan menyindir tindakan wanita terbabit sambil menunjukkan peralatan di dalam ambulan dan pada masa sama turut mengingatkan orang ramai untuk menitikberatkan isu keselamatan semasa di dalam kenderaan.

Tapi lagi senang kalau tercampak keluarlah sebab nampak tak pakai tali pinggang keledar kan jadi ada kemungkinan tercampak keluar.

@dinokata Ini Kira alatan yang paling basic lah yg saya pilih. Hati Hati ya #Dinokata #Dinolisme #hatihati #peralatan #firstaid #bantu ♬ original sound – DinoKata

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Dituduh Tak Ada 'Class' Gara-Gara Perli Bekas Suami, Cik Epal Tampil Pertahankan Diri - "Saya Tak Hadap 'Validation' Orang.."