Wanita berusia 115 tahun dinobat individu tertua di Jepun

6 Jan 2025 • 9:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

TOKYO, 6 JAN: Okagi Hayashi, seorang wanita berusia 115 tahun dari Wilayah Gifu di tengah Jepun, dinobatkan sebagai individu tertua di negara itu susulan kematian pemegang gelaran sebelumnya baru-baru ini, lapor Xinhua.

Lahir pada 2 Sept 1909, Hayashi menjadi individu tertua yang masih hidup di Jepun selepas Tomiko Itooka, yang hidup sehingga usia 116 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua pada 29 Dis di sebuah rumah penjagaan di Ashiya, Wilayah Hyogo, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.

Itooka diiktiraf sebagai individu tertua di dunia pada masa kematiannya.

— BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved