“Apa motif?” – Wanita Makan Bunga Raya Atas Kubur Buat Netizen Bingung

Entertainment
6 Jan 2025 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak perkara yang dilakukan oleh seseorang individu yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya jika ia dimuat naik ke media sosial.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita yang ditemani anaknya dilihat makan bunga raya yang tumbuh di atas kubur dan membuat tumbuhan itu seperti ulam. Malah, dia turut membawa sepinggan nasi beserta lauk lain.

@ah_chong2000

Makan nasi, berulamkan bunga raya di kuburan…………….

♬ original sound – Ah Chong – Ah Chong

Perkongsian pengguna TikTok @ah_chong2000 itu mendapat perhatian netizen dan sudah pastinya menimbulkan pelbagai persoalan.

Tindakan luar kebiasaan itu menjadi pertikaian netizen sehingga ada yang merasakan ianya sesuatu yang melampau serta tidak normal.

Ada juga yang merasakan tindakan wanita itu yang terus memakan bunga raya itu sangat bahaya dan tidak bersih.

image is not available

Jika melihat kepada keadaan kawasan perkuburan itu ianya seperti bukan di Malaysia, pun begitu dalam video tersebut tidak dinyatakan di manakah kejadian itu berlaku.

Kenapa dia makan bunga raya tu?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.