Wanita Buat Laporan Polis Terjumpa Bayi Dalam Tandas Di Stesen Minyak Tapi Rupanya Bayi Sendiri?

LocalFamily & Parenting
4 Jan 2026 • 12:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 21 tahun di Bongawan, Papar di Sabah telah ditahan polis beberapa hari lalu susulan wanita itu menemui seorang bayi lelaki di dalam tandas di sebuah stesen minyak di daerah tersebut, lapor Harian Metro.

Difahamkan, wanita itu pada mulanya telah membuat laporan polis mengenai penemuan bayi cukup sifat tersebut di dalam tandas stesen minyak itu.

Namun, hasil siasatan polis telah mengesyaki bahawa wanita itu adalah ibu kepada bayi berkenaan.

image is not available

Ini kerana setelah polis melihat rakaman CCTV di stesen minyak itu, pihak mereka mengesyaki bahawa wanita itu mempunyai kaitan dengan bayi berkenaan.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Kejadian tersebut telah berlaku sekitar jam 1.20 pagi.

Difahamkan lagi, bayi itu telah dibawa ke Hospital Papar untuk diperiksa oleh doktor dan kini sedang berada dalam keadaan stabil manakala untuk siasatan lanjut, polis telah menahan wanita tersebut.

Setakat ini, bayi lelaki tersebut masih lagi dipantau oleh pihak hospital.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Gambar HiasanSumber: Harian MetroSumber: BERNAMA/Selangor Kini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.