Wanita Bukan Islam Terkejut Anak Suka Dengar Laungan Azan, Siap Menangis Bila Dihentikan [Video]

Family & Parenting
11 Jul 2023 • 11:30 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bergelar seorang ibu atau ayah yang mempunyai anak kecil pasti tidak mudah, pelbagai ragam dan karenah yang harus dihadapi oleh mereka.

Jika tidak dapat sesuatu yang diinginkan seperti mainan mahupun menonton kartun, pasti kanak-kanak itu akan menangis atau memberontak.

Ibu bukan Islam terkejut anak suka dengar laungan azan

Pun begitu,lain pula dengan kisah seorang kanak-kanak ini apabila ibunya yang juga penganut agama Kristian terkejut setelah mengetahui anak lelakinya suka mendengar laungan azan yang dibuka dalam telefon bimbit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mamiyzio, wanita tersebut juga hairan melihat anak lelakinya itu akan menangis apabila video azan itu ditutup.

Berhenti nangis bila dengar laungan azan

Kanak-kanak lelaki itu akan berhenti menangis apabila video azan dibuka semula dalam telefon bimbit berkenaan.

Pada masa sama, kedengaran ibu kepada kanak-kanak lelaki itu bertanya kepada anaknya kenapa dia suka mendengar laungan azan.

“Kenapa adik suka mendengar Allahuakbar? Suka dengar azan?

“Kita Kristian dik, adakah aku perlu sedih atau bangga?” tulisnya di ruangan kapsyen.

@mamiyzio

Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya🥹😀 #masyaallahtabarakkallah

♬ suara asli – Mamidanzio – Mamidanzio

Raih 24.8 juta tontonan dan 1.2 juta tanda suka

Video tular berkenaan yang mendapat lebih 24.8 juta tontonan dan 1.2 juta tanda suka dipercayai berlaku di Indonesia.

Selain itu, video terbabit juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Semoga jadi anak soleh ya dik”

image is not available

“Patutnya gembira bonda sebab hakikatnya anak-anak adalah manusia yang masih suci”

image is not available

“Semua anak dilahirkan dalam keadaan fitrah”

image is not available

Source: