
Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang ibu yang menganut agama Kristian terkejut anak lelakinya gemar untuk mendengar alunan azan ketika dibuka dalam telefon bimbit.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh mamiyzio di laman TikToknya, anak lelakinya akan menangis setiap kali laungan azan ditutup dalam telefon yang didengarinya.
@mamiyzio Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya #masyaallahtabarakkallah
Dalam video itu, dia bertanya kepada anaknya mengapa gemar mendengar laungan azan sedangkan mereka bukan beragama Islam.
“Kenapa adik suka mendengar Allahuakbar? Suka dengar azan?
“Kita Kristian dik, adakah aku perlu sedih atau bangga?,” katanya menerusi kapsyen yang ditulis di video berkenaan.
Sehingga kini, video tersebut telah berjaya meraih lebih 24.8 juta tontonan dan mendapat lebih 1.2 juta tanda suka daripada netizn selepas enam hari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.


Alhamdulilah, hidayah milik Allah
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap tindakan kanak-kanak baik tersebut.

Semoga menjadi asbab untuk masuk Islam
Bukan itu sahaja, ramai yang memberikan kata-kata baik serta mendoakan untuk keluarga tersebut agar terbuka hati untuk memeluk agama yang sebenarnya.

Sumber: TikTok @mamiyzio
The post Ibu Kristian Terkejut Anak Lelaki Suka Dengar Alunan Azan, Menangis Kalau Tutup! appeared first on Borak Daily.

![“Kita Kristian dik” – [VIDEO] Wanita Bukan Islam Hairan Anak Suka Dengar Azan](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Wanita Bukan Islam Terkejut Anak Suka Dengar Laungan Azan, Siap Menangis Bila Dihentikan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)