Wanita cedera dalam kemalangan di Kunak

24 Jan 2025 • 12:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Seorang wanita berumur 46 tahun mengalami kecederaan selepas kenderaan Perodua Aruz yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM28 Jalan Kunak - Lahad Datu, awal pagi Khamis.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai jam 1.01 pagi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sepasukan lima anggota yang diketuai Komander Operasi PBK II Kamarulzaman Rosli ke lokasi kejadian dengan jentera FRT dan kenderaan EMRS.

Menurutnya, kenderaan itu dipercayai terbabas sendiri di bahu jalan dengan kerosakan teruk.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Terdapat tujuh mangsa terlibat dalam kenderaan itu. Hanya seorang daripadanya mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya.

Pasukan EMRS bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera itu dan seterusnya diserah kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Operasi ditamatkan jam 1.50 pagi.