Wanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jam

LocalHealth & Fitness
19 May 2026 • 3:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jam
Seorang wanita cedera ditikam seorang lelaki dalam kereta jenis Mazda 3 di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas pada Ahad.
Image from: Wanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jam
Ejen hartanah berusia 32 tahun tiba di mahkamah dengan berpakaian baju lokap sambil diiringi anggota polis.
Image from: Wanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jam
Seorang lelaki berusia 32 tahun berjaya ditahan polis selepas menikam seorang wanita di dalam kereta di hadapan restoran Titi Gajah, Kepala Batas pada Ahad.

ALOR SETAR - Wanita cedera ditikam seorang lelaki dalam kereta jenis Mazda 3 di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas di sini, selamat menjalani pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam.

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang cedera di leher selamat menjalani pembedahan tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Isnin.

"Adik selamat menjalani pembedahan yang bermula jam 9 pagi hingga 7 petang semalam dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB," katanya menjelaskan adiknya ditidurkan selepas pembedahan.

Bagaimanapun, kakak mangsa meminta diberi ruang dan belum bersedia membuat sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

**media[3525722]**

Difahamkan, dua anak mangsa kini berada dalam jagaan keluarga sementara ibu mereka dirawat di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenali

Suspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahan

Sementara itu, penduduk di Taman Wira, Mergong yang enggan dikenali berkata, sering ternampak wanita tersebut memandu kereta Mazda 3 namun tidak pernah bertegur sapa.

"Bila dapat tahu dia ditikam, memang terkejut," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, keadaan mangsa kini stabil.

**media[3525725]**

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera tikam di leher oleh lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini.

Dalam kejadian jam 9.19 malam itu, wanita dan suspek dipercayai menaiki kenderaan tersebut sebelum insiden berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hari

Cemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam kereta

Mangsa dikatakan telah membunyikan hon keretanya bagi menarik perhatian orang ramai yang berada berdekatan sementara suspek melarikan diri.

Beberapa jam selepas pencarian dibuat, suspek ditahan polis ketika berada dalam kawasan masjid Taman Uda pada jam 1.50 pagi.

 

 

View Original Article