Wanita cedera jatuh perigi sedalam 5.48 meter

1 Aug 2026 • 10:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita cedera jatuh perigi sedalam 5.48 meter

PASIR MAS: Seorang wanita cedera selepas terjatuh ke dalam perigi di rumahnya di Kampung Bata Chicha Tinggi di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan I Asraf Mat Naizi berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai telah ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.50 pagi.

Katanya, setiba dilokasi anggota bertugas mendapati seorang wanita berusia 56 tahun telah jatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 5.48 meter.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat khas seperti tali untuk menyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Asraf memberitahu, mangsa telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

The post Wanita cedera jatuh perigi sedalam 5.48 meter appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved