
LAHAD DATU: Seorang wanita berusia 57 tahun cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan Proton Saga di KM12 Jalan Lahad Datu-Felda, di sini, Sabtu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.45 pagi.
Sebuah jentera bersama kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati seorang wanita dari Perodua Myvi cedera selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah Proton Saga.
“Mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum diberikan rawatan awal dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Operasi ditamatkan pada jam 11.09 pagi selepas pasukan memastikan lokasi kemalangan selamat dan tiada lagi bahaya.



