Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching

5 Sep 2022 • 4:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita tersebut mencederakan anak berusia 8 tahun

Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching. Seorang penganggur didenda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengetuk kepala anak lelaki kepada teman lelakinya berusia lapan tahun ke dinding.

Menerusi laporna media The Borneo Post, Nurlyana Abdullah, 36, mengaku bersalah di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi selepas pertuduhan yang dirangka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya.

image is not available
Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching. Gambar sebagai hiasan

Ibu kandung bertindak membuat laporan ke atas wanita tersebut

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Difahamkan bahawa wanita tersebut melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Rudan Rayang di Padawan kira-kira jam 10 pagi pada 27 Ogos 2021.

Berdasarkan fakta kes, ibu kandung mangsa membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian itu daripada keluarga bekas mentuanya. Pengadu bercerai dengan bapa mangsa dan tinggal berasingan dengan mangsa, yang tinggal bersama bapanya dan teman wanita bapanya.

Siasatan kes mendapati mangsa terlupa menutup pintu peti sejuk selepas mengambil air minuman lalu wanita tersebut bertindak balas dengan memarahi dan mengetuk kepala mangsa ke dinding.

image is not available
Gambar sebagai hiasan

Bapa mangsa bekerja ketika kejadian dan hanya berada di rumah pada waktu petang.

Mangsa kemudiannya diperiksa di Hospital Umum Sarawak dan laporan perubatannya menyatakan dia mengalami kecederaan di dahi dan hidung kanannya.

Difahamkan juga, pengadu (ibu kandung mangsa) tidak memohon hak penjagaan anak itu kerana dia seorang yang cacat akibat kencing manis.

Pendakwaan kes oleh Insp Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala Nurlyana tidak diwakili peguam.

Lagi artikel menarik di bawah: