
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila sesebuah syarikat atau institusi mengadakan majlis jamuan makan malam, pelbagai tema pakaian yang disarankan buat para hadirin.
Kebiasaannya tema yang dipilih adalah seperti Elegant, Denim dan Black & White, namun terdapat juga tema yang lain daripada lain seperti watak Fairytale dan Movie.
Para hadirin pula sudah tentulah akan meletakkan sepenuh jiwa untuk mengikut tema tersebut, barulah seronok!
Baca Artikel Berkaitan: “Seram Tapi Menjadi!” – Telatah Influencer Makeup Ala Labubu Bikin Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Mekap & Pakai Macam ‘Valak’ Buat Polis Terkejut Ketika SJR
Baca Artikel Berkaitan: “Betul-Betul Rare” – Ramai Teruja Lihat Pengantin Pilih Tema Doom & Gothic Ketika Majlis Sanding
Wanita Cosplay Watak Voldermort Bagi Majlis Jamuan Makan Malam
Itulah yang turut dilakukan oleh sekumpulan wanita yang merupakan pelajar kursus pergigian di sebuah institusi pengajian tinggi ketika menghadiri majlis jamuan makan malam.
Menerusi video dikongsi di TikTok (@langerhaze), dipercayai tema majlis tersebut adalah watak dari filem/animasi memandangkan terdapat antara mereka yang cosplay sebagai karakter Mario, Emily the Corpse Bride, Maleficient, Avatar, Russell (Up) dan banyak lagi.
Satu lagi watak cosplay yang menarik perhatian ramai adalah watak Lord Voldermort dari filem fantasi terkenal Harry Potter.
Dengan penggunaan mekap dan pakaian yang bersesuaian malah menutup aurat, wanita itu juga dilihat benar-benar menjiwai watak tersebut.
Apa yang lebih kelakar lagi adalah satu video yang dikongsi memaparkan wanita yang cosplay sebagai Voldermort itu menadah tangan ketika sesi bacaan doa.
Keadaan itu sememangnya mencuit hati orang ramai, lebih-lebih lagi memandangkan Voldermort adalah watak antagonis di dalam filem terbabit.
Sekadar perkongsian, difahamkan salah seorang daripada mereka yang cosplay sebagai watak Avatar telah memenangi anugerah ‘Best Dress’ di majlis terbabit.
@langerhaze Replying to @newhur 🍀 ♬ Harry Potter – The Intermezzo Orchestra
Ramai Terhibur Lihat Watak Voldermort Seolah Sudah Bertaubat
Orang ramai sememangnya tercuit hati melihat situasi itu dan berseloroh bahawa Voldermort kini sudah bertaubat dan menjadi seorang mualaf.
Ada juga yang berpendapat cosplay wanita itu bukanlah watak Voldermort, tetapi isteri kepada karakter antagonis tersebut.
Lebih menggelikan hati lagi apabila wanita yang memuat naik video tersebut berkata bacaan doa itu diketuai oleh individu yang cosplay sebagai Harry Potter sendiri iaitu watak protagonis filem terbabit.
“Plot twist, yang baca doa tu Harry Potter. Dah kena jampi serapah kau,” kata seorang pengguna media sosial.
Tambah rakannya, Voldermort yang kelihatan kejung itu bertindak sedemikian kerana risau bahagian hidungnya yang ditampal tercabut.
“Ada la dalam tujuh kali hidung dia tercabut malam tu,” kata pemilik video tersebut.









Lelaki Tahan Ketawa Naik Lif Dengan Voldermort
Selain daripada video Voldermort membaca doa, satu lagi video ketika kumpulan pelajar itu sedang berada di dalam lif tular di TikTok (@angryyeoja).
Bersama-sama mereka, kelihatan seorang lelaki turut berada di dalam lif tersebut yang dikatakan sedang menahan tawanya.
Watak Voldermort itu juga dilihat menjegilkan matanya seolah-olah hendak mengusik lelaki berkenaan.
@angryyeoja amalan apa bang, boleh tahan gelak
♬ Awkward Moments – AstroMusic
Video itu telah mencecah 2.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis dengan rata-rata pengguna media sosial berasa terhibur.
Orang ramai turut berjenaka bahawa lelaki itu seolah-olah terbuka hijabnya kerana dapat melihat pelbagai watak yang pelik!






Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Tema Halloween?” – Peniaga Kuih Buat COD Di Rumah Ada Patung Seram Bikin Ramai Terkejut
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Terhibur Lihat Gambar Sendiri Selepas ‘Renew’ Pasport, Samakan Dengan Watak Valak Dalam Filem ‘The Nun’
Baca Artikel Berkaitan: “Takutnya Nak Makan!” – Biskut Raya Bentuk Jari Hantu Ini Bikin Netizen Seram Sejuk



