Wanita cuba beli BMW terpakai, sanggup gadai maruah sebab tak cukup RM7,000

28 Apr 2025 • 12:26 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Seorang penjual kereta terpakai, Bob, meluahkan rasa terkejut selepas menerima tawaran tidak senonoh daripada seorang wanita yang berminat membeli kereta BMW yang dijualnya.

Dalam perkongsian di Facebook pada Selasa lalu, Bob menceritakan wanita tersebut pada awalnya bertanyakan harga kereta dan meminta gambar sebelum menawarkan ‘swap’ yang mengejutkan.

“Bang Bob rasa penat jual kereta sekarang ni, senang je dia ajak ‘swap’ begitu je. Dia ingat apa? Bajang betul jual kereta tahun 2025 ni, letih. Siapa ada RM18K, beritahu Bang Bob. Bang Bob nak duit sahaja,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menghubunginya beberapa kali untuk berbincang tentang pembayaran, namun apabila dimaklumkan harga RM18,000, dia mula membuat tawaran yang tidak bermoral.

“Saya percaya perkara seperti ini wujud. Apa ke benda dah ada suami, ajak ‘main’. Inilah dunia akhir zaman. Ye, saya pun bukan seorang yang baik tetapi bila tanya-tanya balik, betul ke? Suami bagi ke? Dia kata, betul. Dua tiga kali dia call, betul-betul nak kereta BMW ni. Tetapi duit tak cukup dan sanggup gadai maruah,” katanya lagi.

Bob turut berkongsi perbualan tersebut, menunjukkan wanita itu menawarkan hubungan intim sebagai ganti kekurangan bayaran, malah mendakwa suaminya turut bersetuju.

“Sikit je lagi Bang Bob nak tularkan nombor telefon dia. Harami betul. Kita tengah stress kereta BMW tak dapat dijual, lagi dia tambah beban.

“Katanya semalam dia punya laki dua minit, dia voice kat bawah tak puas. Nasib iman Bang Bob masih kuat,” katanya yang turut menegaskan dia hanya mahu jual beli secara sah dan tidak akan melayan tawaran tidak bermoral seperti itu.

View Original Article