Wanita Cuba Dekati Sultan Perak Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Direman 3 Hari

LocalPolitics
2 Sep 2025 • 10:17 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Hujung minggu lalu atau tepatnya pada 31 Oktober 2025 (Ahad), Malaysia telahpun menyambut Hari Kebangsaan sempena kemerdekaan yang ke-68.

Kebanyakan rakyat di negara ini tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan yang telah diadakan sempena hari bersejarah itu dan sudah pasti pelbagai video yang dikongsikan di media sosial semasa sambutan berlangsung.

Pun begitu, turut tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan seorang wanita secara tiba-tiba menaiki pentas dan cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semasa sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Perak.

Wanita ceroboh pentas sambutan Hari Kebangsaan di Perak direman 3 hari

Terbaharu, wanita terbabit telah ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan kerana menceroboh pentas utama acara terbabit.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, bermula semalam (1 September) hingga 3 September ini.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan kelmarin selepas cuba mendekati Sultan Perak ketika nyanyian lagu kebesaran negeri Perak sedang berkumandang.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisham Nordin berkata, suspek dilihat memasuki pentas kira-kira jam 8.20 pagi sebelum berjaya ditahan oleh anggota keselamatan.

Suspek mempunyai rekod lampau kes dadah dan rawatan psikiatri

Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan rawatan psikiatri.

Ujian saringan air kencing ke atas wanita itu bagaimanapun mendapati negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Source: