Wanita Cuba Serang Sultan Perak Semasa Sambutan Hari Kebangsaan, Ditahan Pengawal Keselamatan

LocalPolitics
31 Aug 2025 • 5:25 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

IPOH – Polis menahan seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.

“Siasatan awal juga mendapati wanita berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun ujian air kencing hari ini mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek juga mempunyai rekod rawatan psikiatri dan sedang berada di bawah rawatan pakar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Terdahulu, ketika Sultan Nazrin sedang memberikan tabik hormat, seorang wanita meluru dari barisan belakang tetamu di atas pentas utama dan menyentap tangan baginda sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan serta dibawa keluar.

Sultan Nazrin kemudian meneruskan upacara berkenaan.

Sumber : BERNAMA

The post Wanita Cuba Serang Sultan Perak Semasa Sambutan Hari Kebangsaan, Ditahan Pengawal Keselamatan appeared first on The Malaysian Update.