![Image from: Wanita Dakwa Ada Ulat Dalam Lauk Ayam Dibeli Di Hospital Melaka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/ada-ulat-dekat-ayam-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan beberapa ekor ulat dalam lauk ayam yang dibeli dari seorang peniaga.
Wanita dakwa ada ulat dalam ayam yang dibeli oleh rakan di salah seorang peniaga di Hospital Melaka
Seorang wanita mendakwa lauk ayam berkenaan dibeli oleh rakannya daripada sebuah vendor di Hospital Melaka.
Memetik laporan Harian Metro, menurut pemilik akaun yang memuat naik video tersebut di Threads rakannya hanya menyedari ayam berkenaan berulat selepas menggigitnya serta memeriksa di bahagian kulit ayam sewaktu sedang menikmati lauk berkenaan.
Makanan dibeli harga RM8, dah gigit baru perasan ada ulat
Kata pengguna akaun berkenaan, rakannya itu membeli makanan tersebut dengan harga RM8.
“You all (awak semua) berniaga tolonglah jujur sikit. Kesian kawan saya beli makanan dekat vendor Hospital Melaka ini.
“Masa dia nak makan, dia belum perasan. Apabila dia gigit kulit ayam dan selak bahagian itu, baru dia nampak ada ulat. Harga pula RM8, kesian dekat dia,” katanya.
Ada yang persoal aspek kebersihan dan cara pengendalian makanan
Perkongsian pengguna Thread itu kemudiannya menjadi tular dan ramai yang mempersoalkan mengenai aspek kebersihan serta pengendalian makanan yang dijual. Apatah lagi, makanan itu dijual di hospital yang sepatutnya mengutamakan kebersihan.
Lapor Harian Metro, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak vendor berkenaan, pengurusan Hospital Melaka atau Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berkaitan dakwaan terbabit.
Menerusi semakan kami, pengguna akaun yang memuat naik hantaran berhubung video itu bagaimanapun telah memprivasi akaunnya namun hantaran itu sudah dimuat turun oleh pengguna lain dan dikongsikan di TikTok.
@serembanpage You all kalau berniaga tolong la jujur sikit sian kawan i beli makanan kat vendor hospital melaka ni, ada satu kedai vendor ni dia jual lauk” kawan i beli then masa dia nak makan tu dia belom perasan time dia gigit kulit ayam tu dia selak” baru perasan ada ulat. Harga dah la rm 8 ringgit tau sian dia. Kredit: pvtnaddy
♬ suara asli – KHARIS SOPAN – KHARIS SOPAN


![“Nampak Sedap”- Ramai Kagum Lelaki Dari India Masak Nasi Lemak Versi Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/2-Lelaki-dari-India-masak-nasi-lemak-versi-Malaysia-800x467.jpg?t=1780989138)

