Wanita dakwa anak hidup tertekan selepas jadi mangsa buli seksual

LocalFamily & Parenting
5 Aug 2026 • 6:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita dakwa anak hidup tertekan selepas jadi mangsa buli seksual

BUKIT MERTAJAM : Seorang wanita mendakwa anak perempuannya kini hidup dalam tekanan selepas wajah, nama, kelas serta nombor telefonnya disebarkan melalui poster berunsur lucah serta akaun media sosial palsu sejak April lalu.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 46, berkata, kejadian itu pada awalnya berlaku di sekolah anaknya di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini sebelum ia didakwa merebak ke sekolah lain dalam daerah yang sama apabila poster tersebut dijumpai dalam raga motosikal pelajar.

“Kami hanya mengetahui bahawa poster itu sudah tersebar ke sekolah lain mulai semalam selepas anak menerima mesej daripada individu yang meminta video lucah seperti didakwa dalam poster berkenaan.

“Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan dan emosi anak. Pada awalnya kejadian cuma berlaku dalam kawasan sekolah, tetapi, kini ia sudah sampai ke luar sekolah pula,” katanya ketika ditemui di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Jelas Nur, anak perempuannya yang bakal menduduki Sijil pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini kini mengalami tekanan emosi sehingga sering menangis dan berasa malu untuk ke sekolah selepas wajahnya digunakan bagi menghasilkan bahan yang memalukan dirinya.

Katanya, susulan kejadian itu, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat iaitu masing-masing pada April, Jun dan terbaharu semalam, namun, tiada sebarang perkembangan siasatan yang memuaskan berhubung isu tersebut.

Selain laporan polis, Nur berkata, dia dan suaminya turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini selepas mengesan beberapa akaun media sosial palsu yang menggunakan wajah serta imej suntingan bagi mengaibkan anaknya diwujudkan.

“Saya tidak boleh pastikan motif sebenar suspek, tetapi, ia mungkin kerana cemburu sesama rakan kerana anak saya merupakan model sambilan atau ada yang menaruh perasaan terhadapnya tetapi cinta itu tidak berbalas.

“Apapun, saya mahu perkara ini dihentikan dan jangan ganggu lagi anak saya. Dia calon SPM dan saya tidak mahu masa depan serta emosinya terjejas akibat perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini,” katanya yang turut berharap agar Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat isu yang sama.-UTUSAN

The post Wanita dakwa anak hidup tertekan selepas jadi mangsa buli seksual appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved