Wanita Dakwa Jadi Mangsa Buli Kereta Harrier Di Lebuhraya, Siap Kongsi Rakaman

LocalCars
18 Aug 2025 • 11:02 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tindakan segelintir pengguna atau pemandu yang melakukan buli ketika berada di atas jalan raya adalah satu perkara yang tidak wajar.

Ini kerana tindakan membuli sewaktu berada di atas jalan raya boleh mengundang kepada risiko kemalangan jalan raya.

Bahkan mereka yang didapati melakukan tindakan terbabit juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Tular video kereta SUV didakwa buli di jalan raya

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok mendakwa mereka telah dibuli oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sewaktu berada di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sherry Junied, awalnya kelihatan sebuah kereta SUV jenama Toyota Harrier berada di hadapan mereka sewaktu memandu di lebuh raya.

Kereta SUV dengan nombor pendaftaran satu digit (single digit) tersebut dilihat memandu secara berbahaya apabila kereta dipandu bergerak ke kiri dan kanan.

Bukan hanya itu, turut kelihatan pemandu dan penumpang kereta SUV itu mengeluarkan tangan seolah-olah meminta kereta yang dinaiki Sherry bersama suaminya berhenti di tepi jalan.

Apabila kenderaan mereka ingin memotong dengan berjalan di lorong kanan, kereta itu dengan segera menghalangnya dan membuatkan penumpang menjerit.

Ekoran daripada insiden itu, Sherry turut meminta orang ramai untuk berhati-hati dan menyimpan nombor pendaftaran kereta SUV berkenaan.

Berada dalam keadaan baik selepas insiden berlaku

Di ruangan komen, Sherry memaklumkan mereka sekeluarga dalam keadaan baik selain turut menceritakan insiden tersebut selepas ada yang bertanya keadaannya.

“Alhamdulillah kami semua baik. Lepas kita elak dia (kereta SUV) banyak kereta yang belakang kita hon dia, sebab dia sekat jalan.

“Saya rasa dia panik dan perlahankan kereta di lorong yang perlahan. Dia nak paksa kita berhenti kereta nak gaduh tapi saya beritahu suami jangan berhenti. Sebab dia dua orang, takut dia pukul atau rompak kita kan. Awak tak pernah tahu apa akan berlaku,” dakwanya.

image is not available

Kereta SUV berang high beam tak dilayan- Sherry

Dalam satu lagi komen balas, Sherry mendakwa insiden sebenarnya berpunca kerana Harrier itu, berang selepas high beam (lampu tinggi) yang digunakannya sebagai signal untuk memotong tidak dilayan.

image is not available

@sherryaljunied11

Ya Allah ! U all save no dia Road bully nak cari gaduh dgn kita

♬ original sound – Sherrylicious🧕🏻🥰 – Sherrylicious🧕🏻🥰

Video raih perhatian ramai yang turut rasa geram melihat tindakan kereta SUV

Melihat di ruangan komen, video tersebut mengundang perhatian ramai malah ada yang mengatakan ternampak kereta sama dipandu secara tidak berhemah.

Tak kurang juga ada yang meminta Sherry untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Malah ramai juga yang geram melihat tindakan kereta SUV tersebut dan meminta orang ramai untuk berhati-hati ketika di jalan raya.

Ada segelintir yang meminta wanita terbabit menunjukkan video sebelum kejadian berlaku dan berpendapat mungkin insiden itu berlaku disebabkan salah sendiri.

Namun ramai yang tak bersetuju dan menyifatkan tidak kira apa yang berlaku setiap orang perlu memandu secara berhati-hati serta tidak membahayakan nyawa pengguna lain.

“Ini mesti ada hal, kalau tak kenapa dia nak buat macam tu”

image is not available

“Ya Allah sis, rasanya kereta ni juga bawa macam orang tak betul semalam sis dekat lebuhraya nak ke Melaka. Saya dengan bawa anaknya. Takut sungguh dengan kelajuan dia, tapi tak ada dashcam, tolong report dia sis”

image is not available

“Sis tolong update je dekat JPJ apps ada kesalahan bagi pengguna jalan yang macam ni. Sebab ada bukti ni”

image is not available