Wanita Dakwa Pameran Anatomi Guna Jasad Anak Yang Hilang

22 May 2025 • 6:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Dakwa Pameran Anatomi Guna Jasad Anak Yang Hilang

Las Vegas – Sebuah pameran anatomi yang sepatutnya menjadi platform pendidikan sains, Real Bodies At Bally’s bertukar mimpi ngeri buat seorang wanita apabila dia mendakwa salah satu rangka manusia yang dipamerkan merupakan mayat anaknya yang telah lama hilang, Christopher Todd Erick.

Menerusi satu muat naik di laman Facebook miliknya, Kim Erick Smith meringkaskan ‘perjalanan’ mayat anak lelakinya itu bagi membuktikan dakwaannya.

Menurutnya, dakwaan tersebut bukan bertujuan untuk mendapatkan pampasan atau menjadi berita utama. Wanita berkenaan berharap maruah anak lelakinya itu dikembalikan. Malah, Kim turut mendakwa anaknya merupakan mangsa kes pembunuhan dan jasadnya tidak sepatutnya menjadi bahan pameran.

image is not available
Kredit: Kim Erick Smith

Dakwaan wanita itu telah menimbulkan keresahan sehingga pelbagai persoalan berkenaan keizinan dan pemantauan dipertikai. Malah, dakwaan eskploitasi rangka manusia yang tidak dituntut turut timbul.

Menjengah laman Facebook wanita berkenaan, dakwaan berkenaan kehilangan anaknya dimuat naik hampir setiap hari sejak beberapa tahun yang lalu.

Setakat ini, pihak penganjur tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan ini.

Pameran Real Bodies At Bally’s yang diadakan di Horseshoe Las Vegas dibuka kepada orang awam setiap hari sejak 2016 bagi menyaksikan pameran anatomi tubuh badan manusia. Galeri pameran ini turut mengetengahkan kepentingan budaya dan emosi bagi setiap sistem tubuh manusia sambil mempelajari anatomi dan fisiologi dengan lebih mendalam.

Tidak seperti pameran biasa, pameran Real Bodies At Bally’s menampilkan paparan yang dramatik dan menyentuh emosi. Pameran tersebut turut menonjolkan sistem anatomi yang kompleks dalam cara yang mudah difahami oleh pengunjung.

Pameran ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami dengan lebih mendalam tentang cara sistem anatomi berfungsi dalam bentuk pengalaman manusia. Pameran tersebut turut mengetengahkan kajian ahli anatomi purba dengan spesimen unik manusia dan haiwan.

Sumber: Kim Erick Smith (1) (2), Colyton, Real Bodies At Bally’s