Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui menjadi seorang suami dan ayah bukanlah perkara mudah malah ia datang dengan tanggungjawab yang besar khususnya dalam melibatkan nafkah.
Nafkah bukan sekadar memberikan tempat tinggal tetapi seorang ketua keluarga itu juga perlu menyediakan makanan, pendidikan dan barang keperluan untuk anak-anaknya.
Lelaki beri nafkah anak raih perhatian
Baru-baru ini tular satu hantaran mengenai seorang lelaki dipercayai seorang ayah yang menjadi perhatian apabila memberikan duit nafkah yang tidak masuk akal untuk anaknya.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh @safiya_double di Threads, dia telah berkongsi satu foto tangkap layar memaparkan wang diterima daripada lelaki berkenaan yang dipercayai bekas suaminya untuk dua orang anaknya yang masih kecil.
Transfer RM10 untuk nafkah anak dua orang yang masih kecil
Dalam tangkap layar itu kelihatan wang diterima berjumlah RM10 dengan perincian maklumat ‘nafkah anak.’
Kata Safiya itu adalah nafkah buat anaknya yang diterima dipercayai hanya untuk bulan September.
“Nafkah anak yang diterima bulan ni ya. Tak lawak, kedua-dua anak masih pakai lampin (pakai buang) dan minum susu. Haha the audacity of him (keberaniannya untuk memberikan jumlah nafkah sebegitu),” kata Safiya.
View on Threads
Pindahkan lagi RM10 untuk nafkah anak jadi jumlah RM20 untuk nafkah bulan September
Tidak lama kemudian, Safiya turut memuat naik satu lagi hantaran memaklumkan lelaki berkenaan memindahkan wang RM10 sekali lagi ke dalam akaunnya dan menjadikan jumlah duit nafkah sebanyak RM20.
“Kemaskini: tadi dia transfer (pindahkan) lagi RM10. Jadi total RM20. Tak apa lah bro, barang kemas pun dah tergadai sebab nak sara bulan ni,” katanya lagi.
View on Threads
Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa berang dengan tindakan lelaki berkenaan serta menyifatkan jumlah yang diberikan untuk nafkah anak adalah tidak cukup.
Malah ada juga yang membalasnya dengan kata-kata sinis seperti mengatakan jumlah diberikan oleh lelaki terbabit untuk nafkah anaknya ‘terlalu cukup’ bahkan boleh terbang hingga ke luar negara.
Ada juga menyindir mengatakan duit tersebut cukup untuk membeli lampin dan susu. Kata-kata sinis itu dilemparkan kerana berang dengan sikap lelaki tersebut yang memberikan nafkah dengan jumlah yang tidak berpatutan dengan keadaan ekonomi semasa.
Bukan hanya itu, ada yang menyifatkan jumlah nafkah diberikan itu hanya boleh menampung belanja makan untuk sehari.
Menerusi ruangan balas, wanita berkenaan turut memaklumkan yang bapa kepada dua anaknya itu sudah dua bulan tidak datang ke rumah untuk menziarah mereka.
View on Threads
“Banyak ni. Kalau pergi beli beg tangan pun ada baki lagi”

“Semoga sis kaya, hartawan, ada duit berlebihan sampai boleh flex dekat bekas suami sis. Sampai dia merentan-rentan tengok kehidupan sis.”

“Allahu, RM10 untuk dua orang anak yang masih pakai pampers dan minum susu memang tak masul akal. Tanggungjawab nafkah anak tetap wajib atas bapa. Semoga sis diberikan ketabahan dan dilipat gandakan rezeki.”







