Anthony Loke gesa syarikat e-hailing tawar servis khusus penumpang wanita

7 Sep 2026 • 3:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Anthony Loke gesa syarikat e-hailing tawar servis khusus penumpang wanita

Syarikat e-hailing terkenal Malaysia, Grab telah melancarkan fitur eksklusif untuk penumpang wanita dengan menawarkan khidmat pemandu wanita untuk penumpang wanita atau dikenali sebagai Women-Only Rides versi beta sekitar bulan Mac lalu. Servis yang ditawarkan oleh Grab ini, sejajar dengan kempen pengambilan pemandu wanita yang bermula pada 8 Mac sehingga 30 September 2026 ini.

Anthony Loke cadang sistem khas untuk penumpang wanita?

Image from: Anthony Loke gesa syarikat e-hailing tawar servis khusus penumpang wanita

Ciri baru yang diperkenalkan oleh Grab mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dimana beliau menyatakan syarikat e-hailing tempatan perlu menawarkan satu sistem khusus untuk wanita dimana pemandu dan penumpang adalah wanita. Hal ini dikongsikan oleh beliau ketika bercakap dalam majlis kongres Wanita DAP semalam 6 September 2026.

“Dalam perbincangan saya dengan Grab berikutan pelancaran ciri perkongsian kenderaan mereka baru-baru ini, saya mencadangkan satu sistem khusus untuk wanita, di mana kedua-dua pemandu dan penumpang adalah wanita. Perkhidmatan ini adalah khusus untuk wanita, mengecualikan penumpang lelaki sepenuhnya.” kata Menteri Pengangkutan

Seru syarikat e-hailing beri servis khusus untuk wanita dan atasi gangguan seksual

Menerusi laporan berita The Star, Menteri Pengangkutan menyeru agar syarikat e-hailing di Malaysia dapat menawarkan servis khas untuk penumpang wanita seperti yang ditawarkan oleh syarikat Grab. Hal ini menjadi perhatian berikutan kes gangguan seksual dalam kalangan pengguna pengangkutan awam kekal menjadi isu utama.

Setakat ini, hanya syarikat Grab yang menawarkan khidmat pemandu wanita untuk penumpang wanita menerusi servis Women-Only Rides, dan perkhidmatan ini terhad untuk tiga lokasi iaitu sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Sumber: The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved