Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online

19 Jun 2026 • 6:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, seorang wanita menerusi laman Threads ada berkongsi satu tangkap layar penyata bank dipercayai milik suaminya.

Menerusi foto tangkap layar tersebut, jelas kelihatan berlakunya transaksi antara akaun bank si suami dengan dua akaun berbeza dengan jumlah sama ada RM100 atau RM50.

Kekerapan transaksi pemindahan wang itu kemudiannya menjadi tanda tanya kepada si isteri.

“Ada sesiapa tahu tak akaun ni akaun siapa? Kerap sangat suami saya transfer. Saya ada terfikir (mengesyaki sesuatu), tapi saya nak kepastian. Tolong sesiapa yang tahu info sini,” katanya.

Difahamkan wanita itu dan suaminya merupakan pasangan hubungan jarak jauh (LDR).

View on Threads

Ramai Yakin Suami Terlibat Dalam Judi Online

Luahan hati dan perkongsian wanita ini telah mendapat perhatian ramai di laman Threads yang mana rata-rata daripadanya percaya bahawa si suami sedang terlibat dengan perjudian dalam talian.

“Judi online ni kak,” kata seorang lelaki.

“Main slot (judi) la ni, ” tambah seorang warganet.

Isteri Dakwa Suami Transfer Lebih RM1,410 Kepada Akaun Bank Yang Sama

Menerusi satu lagi tangkap layar perbualan di WhatsApp, wanita itu mendakwa suami telah memindahkan lebih RM1,410 kepada akaun yang sama.

Namun apabila ditanya sama ada ia merupakan perjudian atas talian, si suami terus menafikannya.

Dakwa Suami Pernah Janji Untuk Hentikan Judi Online

Wanita itu juga berkata bahawa suaminya sebelum ini sudah berjanji agar tidak lagi melibatkan diri dalam judi online.

Apa yang membuatkan isteri itu terkilan apabila dia mendakwa pasangannya itu tidak memberikannya nafkah wang atau makanan namun boleh menghabiskan wang yang begitu banyak pada akaun mencurigakan.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Orang Yang Berjudi Termasuk Secara Online Tidak Boleh Jadi Wali Nikah

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Orang Islam Main Kad Daun Terup? Ini Penjelasannya [Video]

Dakwa Suami Pernah Download Aplikasi Judi Online

Menerusi satu lagi hantaran berlainan, wanita itu mendakwa pernah terjumpa aplikasi judi di dalam telefon bimbit suaminya. Namun si suami berkata aplikasi tersebut sudah pun dibuang sendiri oleh isterinya sebelum ini.

Wanita itu turut mendakwa pernah terlihat suaminya menerima RM3,000 (one-off) dalam akaun bank.

“Hari ni pulak, ada sebab yang terjadi dan memaksa aku untuk tengok baki bank dia. Allah nak tunjuk kan? Padahal aku tak mencari pun. Aku tahu Allah tu mendengar doa aku. Kenapa hidup kami tak senang, hutang makin bertambah dan tak bahagia macam orang lain.

“Bila aku dapat tahu semua, aku tak rasa apa-apa pun. Aku tak rasa nak marah, cuma aku kesian dekat anak-anak aku,” luahnya.

View on Threads

Judi Online Adalah Kesalahan Di Bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

Sebagai info, judi dalam talian sebelum ini telah disahkan sebagai satu kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Ini selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Oktober 2023 memutuskan perkara berkenaan selepas ianya dikemukakan oleh seorang pengendali bekas judi dan pesara yang dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menguruskan permainan judi online dan bermain judi online.

Memetik Harian Metro, persoalannya yang dikemukakan adalah sama ada premis perjudian komputer online yang tiada sebarang perkakasan fizikal tergolong di dalam takrifan ‘rumah perjudian terbuka’ di bawah Seksyen 2(d) akta berkenaan.

Panel tiga hakim, Vazeer Alam, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah yang bersidang bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi Melaka bahawa tiada keperluan dalam undang-undang untuk perkakasan (mesin perjudian) itu wujud secara fizikal di premis judi.

Judi Hanya Buat Hidup Miskin, Hutang Sana Sini – Netizen

Episod luahan wanita itu nyata mencuri perhatian netizen. Ada yang memberi peringatan agar tidak terlibat dengan kegiatan judi kerana ia akan membuatkan hidup seseorang bertambah susah daripada menyenangkan.

“Percayalah bila dah terbiasa berjudi, confirm hidup makin susah dan miskin. Ada duit banyak pun tak kekal lama. Tabiat ni boleh sampai ke tua. Lepas tu mesti jantan tu tak bertanggungjawab.

“Berhutang sana sini. Kalau korang kenal orang macam ni, angkatlah kaki awal-awal dari menanggung kesusahan seumur hidup,” kata seorang individu.

Netizen Berpendapat Judi & Dadah Susah Untuk Dihentikan

Malah ada yang berkata judi ini ibarat seperti satu ketagihan jika sudah terjebak.

“Serius la lelaki kau main judi online? Benda yang paling merosakkan diri dan rumah tangga adalah judi dan dadah. Dua benda ni paling susah nak berhenti. Memang akan melarat-larat. Gaduh macam mana pun belum tentu dia boleh stop dua benda ni,” tegur seorang lelaki.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online
Image from: Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online
Image from: Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online
Image from: Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online
Image from: Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online
Image from: Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Takkan Lepaskan Geng Addy Kana “- Addy Kana Terbabit Macau Scam, Judi Online

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dedah Ada Individu Promosi Judi & Ah Long Di Bazar Ramadan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Iklan Judi Raya : Polis Buka Siasatan, Akan Panggil Penerbit & Pelakon Terlibat

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved