Wanita di Perlis, Putrajaya melebihi jumlah lelaki

31 Jul 2026 • 3:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita di Perlis, Putrajaya melebihi jumlah lelaki

PETALING JAYA – Dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan penduduk perempuan melebihi lelaki, ketika ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, Perlis merekodkan nisbah jantina sebanyak 99 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala Putrajaya mencatatkan 97 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Katanya, di peringkat nasional, nisbah jantina kekal pada 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Menurut DOSM, bilangan penduduk lelaki meningkat kepada 18 juta orang tahun ini berbanding 17.9 juta pada 2025.

Tambahnya, bilangan penduduk perempuan pula meningkat daripada 16.3 juta (2025) kepada 16.4 juta orang (2026).

Sementara itu, DOSM melaporkan Kuala Lumpur mencatat nisbah jantina tertinggi di negara ini dengan 117 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Katanay, Johor pula berada di tempat kedua dengan nisbah 115 lelaki bagi setiap 100 perempuan, diikuti Pahang dan Selangor yang masing-masing mencatat nisbah 114. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita di Perlis, Putrajaya melebihi jumlah lelaki appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved